Bentuk perniagaan
Usahawan separuh masa dengan menjual produk makanan
-kek coklat ,jeruk,nasi kerabu & laksam
Kisah kejayaan
Latar belakang
Puan Zarodah berniaga mula menjual produk makanan di sekitar Felda Titi sejak ada yang bertanya selepas cuba membuatnya hanya untuk makan dirumah.
Apabila sudah mula menjual, beliau membuat keputusan untuk meluaskan usaha beliau dengan mempromosikan produk makanan itu di dalam media social Facebook.
Mula berniaga sejak 8 bulan yang lalu (Mei 2016).
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penglibatan di PI1M, pendapatan beliau ialah RM200 dengan menjual kek coklat hasil dari air tangan beliau sendiri.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Titi, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk jualan beliau. Pelanggan beliau mengetahui tentang produk jualan beliau itu daripada flyers yang dibuat & dicetak di PI1M Felda Titi dan juga daripada Facebook.Pendapatan meningkat sehingga 80% kepada RM600 daripada sebelum melibatkan diri di PI1M.
Penggunaan PI1M
Apa yang dipelajari melalui PI1M
– Mempelajari cara mengambil gambar produk yang dijual dengan baik.
– Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Facebook
– Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi serta aliran keluar masuk duit
– Mempelajari cara mengambil order melalui FB
– Mempelajari cara menyemak duit masuk ke dalam akaun bank secara atas talian
Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
– Membantu mempromosikan produk
– Memberi kelas tambahan dalam bidang keusahawanan
– Membantu membuat aliran tunai
– Turut memberi tunjuk ajar dalam cara komunikasi
Gambar1:Latihan keusahawanan bersama Puan Zarodah
Gambar 2:Hasil daripada bengkel fotografi produk dan suntingan gambar
r
Gambar 3:Iklan & promosi produk beliau di Facebook