Latar belakang
Cik Noor Sharida Shafie merupakan anak bongsu kepada dua beradik. Beliau merupakan pemegang lulusan diploma ukur bahan dari Politeknik Port Dickson. Sejak dari zaman belajar di Politeknik, cik Sharida sudah menceburkan diri dengan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual top-up di asrama dan menjadi ejen dropship secara atas talian. Beliau mula merancang untuk membuka butik vendor sendiri apabila telah tamat belajar dan memulakan salah satu langkah yang drastik dengan mengambil kursus keusahawanan di Pusat Internet 1Malaysia. Di samping itu , beliau juga membuat pinjaman dari Amanah Ikhtiar Malaysia dan menggunakan hasil perniagaan kecil-kecilan sebagai modal untuk membuka butik vendor di Pekan Kuala Klawang. Perniagaan butik vendor adalah untuk peniaga-peniaga kecil atau vendor meletakkan barang pada satu butik dan cik Sharida hanya menyewakan tapak serta rak sebagai hasil pendapatan beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Cik Sharida mempunyai pengetahuan sederhana dalam penggunaan komputer tetapi beliau berminat untuk lebih mendalami dalam penggunaan ICT dengan mendapatkan khidmat nasihat dan latihan keusahawanan dari Pusat Internet 1Malaysia Felda Titi. Sebelum ini beliau hanya membuat perniaagan tanpa merekod dan membuat aliran tunai yang betul .
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Titi, cik Sharida akui telah mendapat banyak input dan pengetahuan yg luas dalam menguruskan perniagaan dengan peggunaan komputer dan internet. Pusat Internet 1Malaysia juga turut membantu beliau untuk mempromosikan perniagaan beliau melalui atas talian seperti Facebook, Instagram dan kini turut menggunakan aplikasi baru Dashboard iaitu My Shop. Melalui teknik promosi yang beliau telah pelajari kini hampir kesemua tapak dan rak di dalam butik beliau telah disewakan kepada vendor . Ilmu dalam penggunaan Ms. Office juga digunakan sepenuhnya untuk mnguruskan keuntungan dan hasil pendapatan beliau yang kini kian bertambah.
Apa yang dipelajari melalui kursus keusahawanan di PI1M
– Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi serta aliran keluar masuk duit
– Mempelajari cara mengambil gambar produk yang dijual dengan baik.
– Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui media sosial
– Mempelajari cara mengambil order melalui media sosial
– Mempelajari cara menyemak duit masuk ke dalam akaun bank secara atas talian
– Memperkenal penggunaan aplikasi untuk mempromosi perniagaan melaui apliksi Dashboard
Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
– Memberikan pengtahuan dalam keushawanan dengan melibatkan penggunaan ICT
– PI1M membantu mempromosikan produk
– Memberi kelas tambahan serta sentiasa memantau perjalanan perniagaan pelajar
– Membantu membuat aliran tunai
Gambar 1:Suasana Butik Vendor Cik Sharida
Gambar 2: Cik Sharida ditemuramah oleh petugas Pusat Internet Felda Titi
Gambar 3: Sedikit cenderamata dari Pusat Internet kepada Cik Sharida