Beliau merupakan seorang surirumah yang sangat rajin dan bersemangat untuk menambah pendapatan dalam bidang perniagaan. Beliau mengambil keputusan untuk menceburi bidang ini adalah kerana minat sekaligus untuk membantu suami bagi menyara keluargannya. Pada mulanya, ibu kepada dua anak lelaki ini juga mengambil upah untuk menjual kuih-muihnya di gerai dan kedai makan yang berhampiran. Selepas seringkali melihat banyak produk makanan, kesihatan dan sebagainya telah diiklankan di dalam internet, beliau juga ingin berbuat demikian.
Akhirnya, beliau bermula dengan menjadi ajen menjual kereta terpakai. Dengan hanya mengiklankan kereta terpakai melalui akaun Facebooknya, beliau akan mendapat komisen jika ada kereta yang terjual. Hal ini membuatkan beliau percaya yang medium internet ini terutamanya laman sosial Facebook banyak kegunaannya selain daripada perhubungan sosial.Dengan itu, Puan Mira mengambil keputusan untuk menjual rempeyek iaitu salah satu produk yang akan dibuat olehnya sendiri setiap kali menjelang raya setiap tahun. Beliau banyak bertanyakan kepada petugas Pusat Internet 1Malaysia untuk membantu dalam mempromosikan produk beliau melalui media sosial.
Kelas Pembelajaran cara mempromosikan produk usahawan melalui media sosial.
Puan Meera bersama produk usahawan beliau
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet 1Malaysia Felda Titi, beliau kini telah memiliki Facebook sendiri yang dapat mempromosikan rempeyek Meeralicious dan menjadi ejen menjual kereta terpakai. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri di Malaysia yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM800-RM1000. Hasil daripada jualan kuih dan produk beliau, kini Puan Mira dapat menambah duit poket untuk kegunaan harian beliau. Ia amat terkesan dan bermakna buat Puan Mira kerana beliau sekeluarga bukanlah daripada golongan yang berada.