Bentuk perniagaan
Usahawan sepenuh masa dalam perniagaan makanan dan masakan berasaskan sup.
Nama perniagaan: Sup Warisan Omak Den
Kisah kejayaan
Latar belakang
-Encik Mohammad Shahril memulakan perniaagan makanan ‘Sup Warisan Omak Den’ pada tahun 2016 selepas mengambil keputusan drastik meletakkan jawatannya dari Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Idea nama perniagaan ‘Sup Warisan Omak Den’ tercetus kerana encik Shahril menggunakan resepi warisan keluarga yang dipelajari dari emaknya untuk membuat rempah sup yang tersendiri.
-Beliau hanya memulakan perniagaan dengan membuka gerai kecil yang bermodalkan kurang dari 1000 ringgit. Risiko yang diambil oleh encik Shahril ternyata memberikan hasil dan pendapatan yang lumayan kerana semakin hari permintaan sup dari gerainya mendapat sambutan hangat dari penduduk sekitar daerah Jelebu. Kini, encik Shahril dalam usaha membuka restoran beliau sendiri untuk memenuhi permintaan pelanggannya yang semakin bertambah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
-Encik Shahril akui beliau kurang mahir dalam penggunaan Microsoft Office dan datang ke PI1M Felda Titi untuk mendapatkan latihan keusahawanan terperinci serta khidmat nasihat dalam membantu proses perkembangan perniagaan ‘Sup Warisan Omak Den’ .
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
-Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas PI1M Felda Titi, encik Shahril semakin mahir dalam penggunaan Microsoft Office terutamanya Microsoft Excel dan Microsoft Word. Komitmen dan minat untuk belajar yang ditunjukkan oleh beliau membuatkannya berjaya menghasilkan sendiri buku menunya yang kreatif dengan menggunakan Microsoft Word. Selain itu, beliau kini telah faham cara untuk merekod dan menguruskan aliran tunai dengan lebih teratur melalui penggunaan Microsoft Excel. Petugas juga turut membantu beliau dalam menyediakan surat perjanjian sewa kedai bagi restoran yang bakal dibuka pada bulan Mei ini.
Penggunaan PI1M
Apa yang dipelajari melalui kursus keusahawanan di PI1M
-Mempelajari cara menggunakan Microsoft Office.
-Mempelajari teknik merekodkan untung rugi dan pengurusan aliran tunai dengan lebih teratur.
-Mepelajari cara untuk mempromosikan perniagaan melalui media sosial.
-Petugas memberi tips mengambil gambar produk dengan betul dan menarik.
Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
– Memberi bimbingan dalam pengurusan perniagaan.
– PI1M membantu mempromosikan perniagaan.
– Memberi kelas tambahan serta sentiasa memantau perjalanan perniagaan pelajar
– Membantu membuat aliran tunai
Online Platform
Laman Web |
– |
Blog |
– |
FB |
Sup Warisan Omak Den |
|
– |
|
017-6311644 |
Antara kelas yang dihadiri oleh encik Shahril.
Gerai Sup Warisan Omak Den.