NAMA : Zainab Binti Jaapar
UMUR : 54 Tahun
TAHUN MENJADI AHLI: 2024
BENTUK PERNIAGAAN: Makanan
Latar belakang
Pada awalnya, Puan Zainab sering mendapat tempahan kuih-muih daripada kawan-kawan dan juga ahli keluarga. Puan Zainab juga turut menjual sarapan pagi seperti nasi lemak, nasi goreng dan juga pelbagai jenis kuih-muih berhampiran dengan rumahnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penggunaan ICT dan terlibat dengan NADI, Puan Zainab hanya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan hanya menjalankan jualan dalam kalangan rakan- rakan, jiran dan saudara mara sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas selesai beberapa siri latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak NADI, kini Puan Zainab semakin mahir memasarkan mengenai produk jualannya di media sosial seperti WhatsApp. Pendapatan beliau juga turut bertambah kerana sudah ramai mengetahui mengenai kewujudan gerai sarapan pagi milik Puan Zainab.