NAMA : Noor Haryati Binti Razali
UMUR :39 Tahun
TAHUN MENJADI AHLI: 2023
BENTUK PERNIAGAAN: Menjual Makanan
Latar belakang
Pada awalnya Noor Haryati hanya mengikuti kelas keusahawanan yang dianjur kan oleh pihak NaDi. Puan Noor Haryati juga merupakan suri rumah sepenuh masa dan baru berjinak-jinak untuk mecuburi dalam bidang perniagaan.
Apabila berkunjung ke NaDi, Noor Haryati di dedahkan tentang perkhidmatan dan kelas yang ditawarkan NaDi oleh petugas NaDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NaDi
Sebelum penggunaan ICT dan terlibat dengan NaDi, Puan Noor Haryati menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan hanya menjalankan jualan dalam kalangan rakan-rakan,jiran tetanggga dan saudara mara sahaja. Beliau menjalankan kaedah promosi dari mulut ke mulut.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NaDi
Selepas selesai beberapa siri latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak NaDi, kini Puan Noor Haryati merasakan lebih berkeyakinan untuk meneruskan aktiviti keusahawanan yang sedang Puan Noor Haryati jalankan. Selain itu, terdapat banyak perubahan yang dapat dilihat selepas tamat latihan keusahawanan yang Puan Noor Haryati sertai di NaDi Felda Titi ini. Kini Puan Noor Haryati sudah membuat SSM dan lebih yakin untuk pergi jauh. Beliau menggunakan medium media sosial bagi memasarkan perniagaannya terutamanya Facebook. Dengan ilmu promosi atas talian pendapatan beliau juga semakin bertambah.