mcmc
Kisah Kejayaan

Tahun 2024:- CILIK IT QUARTER 1 Adik Ahmad Ammar Bin Khairil Anwar

WhatsApp Image 2024-04-23 at 17.23.46.jpeg

  zx.jpg  xcc.jpg

NAMA CILIK IT : Ahmad Ammar Bin Khairil Anwar 
 TAHUN MENJADI AHLI  : 07 April  2016

 

Latar belakang

Ahmad Ammar Bin Khairil Anwar  merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Seperi Tengah merupakan anak ke empat dari 4 orang adik beradik. Beliau tinggal berhampiran dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Titi dan seorang pelajar serta remaja yang aktif mengikuti apa jua program dan aktiviti yang dilakukan oleh pihak Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Titi serta aktiviti sekolah mahupun komuniti yang dijalankan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Adik Ahmad Ammar merupakan seorang kanak-kanak yang aktif mengikuti program dan aktiviti riadah yang dijalankan di sekitar komuniti Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Titi tetapi jarang mengikuti kelas yang dijalankan oleh petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Titi. Adik Ahmad Ammar tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer dan internet untuk melayari internet mahupun untuk membuat kerja sekolah. Tambahan pula, beliau tidak mempunyai telefon pintar dan komputer di rumah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah diajak dan dipujuk oleh petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Titi. dan kawan-kanwan beliau untuk hadir dan mengikuti kelas serta program ICT Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Titi., Adik Ahmad Ammar kini sudah cekap dalam menggunakan komputer dan perisian yang ada di dalam komputer. Adik Ahmad Ammar juga kini turut mahir menggunakan Microsoft Word dan Powerpoint tanpa memerlukan bantuan petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Titi.. Adik Ahmad Ammar juga kini boleh membantu rakan-rakan yang kurang mahir dalam menggunakan komputer dan internet dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Sekiranya cuti sekolah, Adik Ahmad Ammar kini kerap datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Titi. bagi membuat latihan dan kelas yang diadakan.