NAMA : Nur Zulaika Hanim Binti Doman
UMUR :41 Tahun
TAHUN MENJADI AHLI: 2017
BENTUK PERNIAGAAN:
Menjalankan perniagaan dropship barangan kecantikan.
Latar belakang
Pada awalnya, Cik Nur Zulaika Hanim hanya mengetahui kewujudan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan tetapi beliau kurang cakna dengan kelebihan dan kegunaan PEDi.
Jadi, beliau cuba untuk menjejakkan diri ke PEDi untuk mengetahui lebih mendalam mengenai PEDi serta untuk menggunakan perkhidmatan yang terdapat di PEDi Felda Titi.
Pada awal kedatangan Cik Nur Zulaika Hanim, beliau hanya menggunakan perkhidmatan komputer dan internet sahaja bagi menyiapkan tugasannya. Beliau juga turut menggunakan perkhidmatan lain seperti mesin fotokopi.
Tetapi dalam pada masa yang sama, Cik Nur Zulaika Hanim juga menjalankan perniagaan secara dropship alatan kosmetik secara kecil-kecilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan dengan PEDi, Cik Nur Zulaika Hanim hanya mempunyai pengetahuan asas mengenai komputer dan internet. Cik Nur Zulaika Hanim juga kurang kemahiran dalam menyunting gambar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas selesai beberapa siri latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak PEDi, kini Cik Nur Zulaika Hanim merasakan lebih berkeyakinan untuk meneruskan aktiviti keusahawanan yang diusahakannya. Selain itu, terdapat banyak perubahan yang dapat dilihat selepas tamat latihan keusahawanan yang Cik Nur Zulaika Hanim sertai di PEDi Felda Titi ini. Cik Nur Zulaika Hanim makin mahir menggunakan komputer untuk menyunting poster untuk perniagaannya. Cik Nur Zulaika Hanim juga telah mengembangkan perniagaannya dengan menjual pelbagai jenis produk seperti tudung serta set penjagaan muka.