mcmc
Kisah Kejayaan

Tahun 2023:- KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN Q3 : Puan Zarahagus Binti Zakaria

us1.jpg

  us2.jpg  us3.jpg\

 

NAMA                            : Zarahagus Binti Zakaria

UMUR                            :41 Tahun

TAHUN MENJADI AHLI: 2017

BENTUK PERNIAGAAN:

Menjalankan perniagaan penjualan kuih-muih

 

Latar belakang

Pada awal kewujudan Pusat Ekonomi Digital  Felda Titi ini Puan Zarahagus kurang berminat untuk berkunjung ke sana kerana merasakan tiada kepentingan untuk saya berbuat demikian. Namun, anak-anak Puan Zarahagus sering berkunjung ke PEDi dan seringkali menceritakan pengalaman mereka ketika berkunjung ke PEDi.

Apabila anak-anak semakin teruja menceritakan mengenai perkhidmatan dan kelas-kelas yang dianjurkan oleh pihak PEDi, Puan Zarahagus mula berasa berminat dan merasakan bahawa petugas di sana dapat membantu Puan Zarahagus dalam pelbagai aspek terutamanya dari aspek kemahiran keusahawanan. Oleh itu, Puan Zarahagus mengambil keputusan untuk berkunjung ke PEDi dan berjumpa dengan petugas di sana. Setelah mendengar penerangan dan taklimat ringkas daripada petugas, saya berasa amat teruja dengan perkhidmatan dan kelas-kelas latihan yang dijalankan di PEDi.. Oleh yang demikian, Puan Zarahagus dapat mengikuti pelbagai kelas dan latihan yang dianjurkan oleh petugas secara percuma.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan dengan PEDi, Puan Zarahagus sememangnya seorang yang tidak mahir menggunakan perkhidmatan internet mahupun komputer begitu juga ilmu keusahawanan yang Puan Zarahagus miliki begitu cetek. Oleh hal yang demikian, Puan Zarahagus membuat kunjungan ke PEDi  dan membuat temujanji bersama petugas di PEDi untuk berbincang mengenai kelas dan latihan yang bakal Puan Zarahagus jalani.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas selesai beberapa siri latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak PI, kini Puan Zarahagus merasakan lebih berkeyakinan untuk meneruskan aktiviti keusahawanan yang sedang Puan Zarahagus jalankan. Selain itu, terdapat banyak perubahan yang dapat dilihat selepas tamat latihan keusahawanan yang Puan Zarahagus sertai di PEDi Felda Titi ini. Hal ini demikian kerana, setelah menjalankan aktiviti promosi perniagaan Puan Zarahagus, kini lebih ramai pelanggan yang menggunakan perkhidmatan yang saya tawarkan. Begitu juga dengan pihak PEDi Felda Titi yang akan menggunakan perkhidmatan menempah kuih-muih dari Puan Zarahagus jika terdapat sebarang program yang dianjurkan oleh pihak PEDi.