mcmc
Kisah Kejayaan

Tahun 2023:- KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN Q3 : Puan Siti Masthura binti Khalid

u1.jpg

  u3.jpg  u2.jpg

 

NAMA                            : Siti Masthura binti Khalid

UMUR                            :40 Tahun

TAHUN MENJADI AHLI: 2017

BENTUK PERNIAGAAN:

Menjalankan perniagaan penjualan santan segar dan rendang ayam maman.

 

Latar belakang

Pada awal kewujudan Pusat Ekonomi Digital  Felda Titi ini Puan Masthura hanya mememani suaminya Encik Munir untuk mendapatkan perkhidmatan mengaktifkan semula Lesen Perniagaan iaitu SSM. Puan Masthura juga merupakan suri rumah sepenuh masa dan baru berjinak-jinak untuk mecuburi dalam bidang perniagaan.

Apabila berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Titi, Puan Masthura di dedahkan tentang perkhidmatan dan kelas yang ditawarkan PEDi oleh petugas PEDi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan terlibat dengan PEDI, Puan Masthura menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan hanya menjalankan jualan dalam kalangan rakan-rakan dan saudara mara sahaja. Beliau menjalankan kaedah promosi dari mulut ke mulut.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas selesai beberapa siri latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak PEDi, kini Puan Masthura merasakan lebih berkeyakinan untuk meneruskan aktiviti keusahawanan yang sedang Puan Masthura jalankan. Selain itu, terdapat banyak perubahan yang dapat dilihat selepas tamat latihan keusahawanan yang Puan Masthura sertai di PEDi Felda Titi ini. Kini Puan Masthura  sudah membuat SSM dan lebih yakin untuk pergi jauh. Beliau menggunakan medium media sosial bagi memasarkan perniagaannya terutamanya Facebook. Dengan ilmu promosi atas talian pendapatan beliau juga semakin bertambah.