NAMA : Dalia Binti Mohd Raus
UMUR :44 Tahun
TAHUN MENJADI AHLI: 2016
BENTUK PERNIAGAAN:
Menjalankan perniagaan penjualan Kuih Sejuk Beku.
Latar belakang
Puan Dalia merupakan dua kepada sepasang cahaya mata. Puan Dalia atau sesuai dengan panggilan Kak Lia merupakan seorang penggalak membaca di Pusat Literasi Felda Titi. Beliau sebelum ini tidak pernah terlintas di fikirannya untuk melakukan sebarang perniagaan. Hal ini kerana, beliau turut bekerja sebagai penggalak membaca atau dikenali sebagai guru di Pusat Literasi Felda Titi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Puan Dalia mula menceburkan diri dalam pembuatan kuih sejuk beku hanya sebagai untuk mengisi masa lapangnya pada waktu petang. Pada dalam masa yang sama juga, beliau turut menerima tempahan kuih sejuk beku daripada kenalan rapat dan juga komuniti setempat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas mendapatkan latihan ICT di PEDi Felda Titi, Puan Dalia mula mendapat idea untuk mengiklankan dan memasarkan produk beliau secara atas talian dan di media sosial. Beliau juga mendapatkan khidmat petugas PEDi untuk memperoleh Kemahiran menyunting gambar dan memasarkan produk beliau. Selain itu, petugas juga menyarankan beliau untuk memasarkan produk beliau di group WhatsApp agar lebih ramai tahu akan produk beliau. Dengan menghadiri kelas ICT dan juga kelas keusahawanan di PEDi Felda Titi, kini perniagaan kuih sejuk beku ini telah menjadi pekerjaan kedua Puan Dalia sekaligus dapat menambah pendapatan keluarganya.