mcmc
Kisah Kejayaan

Tahun 2023:- CILIK IT QUARTER 4 Adik Nur Areesya Zhareefa Binti Anugerah Zukray

q4.png

  q44.png  q4444.png

NAMA CILIK IT : Nur Areesya Zhareefa Binti Anugerah Zukray 
 TAHUN MENJADI AHLI  : 11 Oktober 2022

 

Latar Belakang :-

Adik Areesya merupakan anak sulong kepada Puan Zaty dan Encik Zukray. Adik Areesya berumur 5 tahun dan merupakan pelajar Tabika di Tabika Perpaduan Titi.  Selain itu, adik Areesya merupakan murid yang sangat pintar dalam pelajaran dan juga rajin dalam membantu guru-gurunya di sekolah. Di samping itu, adik Areesya sering ke Pusat Ekonomi Digital Felda Titi sewaktu cuti sekolah bersama adik-beradiknya yang lain untuk melayari internet.  

Adik Areesya bukanlah seorang pelajar yang mudah berputus asa dan beliau sering bercita-cita untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam semua mata pelajaranya seperti rakan-rakannya yang lain. Selain itu, adik Areesya dan juga adik-beradiknya sering mengikuti setiap kelas yang dijalankan oleh petugas Pusat Ekonomi Digital ketika waktu lapang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :-

Pada hujung tahun 2022, adik Areesya sering datang ke Pusat Ekonomi Digital Felda Titi bersama ibu dan adik-beradiknya yang lain untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Ekonomi Digital Felda Titi. Adik Areesya mempunyai minat terhadap penggunaan komputer dan internet yang ditawarkan. Adik Areesya sering melihat Ibu dan ahli-ahli Pusat Ekonomi Digital Felda Titi yang lain menggunakan komputer dan lalu adik Areesya ingin cuba untuk belajar. Pada mulanya adik Areesya tidak mahir atas faktor dia masih dalam usia yang kecil tapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk belajar. Beliau telah meminta petugas untuk mengajarnya cara-cara untuk menggunakan komputer dengan lebih mahir.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :-

Selepas mengikuti pelbagai kelas-kelas yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Felda Titi, adik Areesya kini semakin mahir dalam menggunkan komputer dan melayari internet. Selain itu,adik Areesya juga kini pandai menggunakan aplikasi Microsoft Office Word dan Aplikasi Youtube

 Ketika melayari internet adik Areesya akan mengambil masa untuk melayari laman web e-pembelajaran untuk melihat pelbagai contoh soalan bagi subjek yang dipelajarinya. Ternyata setelah mengikuti kelas yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital, adik Areesya kini menjadi pelajar yang Celik IT.