mcmc
Kisah Kejayaan

Tahun 2021:- CILIK IT QUARTER 3 Adik Muhammad Faizee Bin Mohd Saizee

NAMA CILIK IT : Muhammad Faizee Bin Mohd Saizee 
 TAHUN MENJADI AHLI  : 02 September 2021

 

Latar belakang

Adik Faizee berusia 11 tahun dan  bersekolah di Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu . Di sekolah adik Faizee seorang pelajar yang cekap ,mudah belajar dan suka bertanya untuk setiap matapelajaran .Guru-guru disekolah amat suka kepada Adik Faizee dan disenangi ramai .

Adik Faizee selalu datang ke Pusat Internet komuniti Felda Titi  bersama –sama rakan sebayanya yang lain untuk menggunakan komputer bagi tujuan pembelajaran dan mengisi masa lapang .

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum Adik Faizee ke Pusat Internet Komuniti Felda Titi adik Faizee tidak mahir menggunakan komputer dan berasa malu-malu untuk menaip dan membuat carian kerana beliau tidak mahir menaip .

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah rakan-rakan adik Faizee memperkenalkan Pusat Internet Komuniti Felda Titi kepada adik Faizee.Adik Faizee nekad untuk mempelajari ilmu ICT dengan lebih mendalam dan berminat untuk menjadi ahli Pusat Internet dan menghadiri kelas secara persendirian untuk lebih fokus belajar bersama petugas –petugas PIK yang sangat baik dan tidak lokek berkongsi ilmu. Hasilnya ,adik Faizee mahir menaip dan mengendalikan komputer ,mencari maklumat berkaitan pelajaran dan juga melayari Youtube.

Adik Faizee berasa sangat gembira kerana boleh mengikuti setiap kelas Pdpr dengan sempurna dan selesa .