NAMA CILIK IT | : Nuh Norhafiz Rizqi Bin Akhbar Jehan |
TAHUN MENJADI AHLI | : 29 March 2021 |
Latar belakang
Adik Nuh berusia 8 tahun dan merupakan anak yang ke dua daripada tiga orang adik beradik. Adik Nuh sering ke Pusat Internet Komuniti Felda Titi apabila mempunyai masa lapang bagi menyiapkan tugasan sekolah dan mengikuti sesi pembelajaran di rumah (PDPR) secara atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum Adik Nuh ke Pusat Internet Komuniti Felda Titi adik Nuh sering menghabiskan masanya bermain bersama rakan-rakanya ditaman permainan .Selain itu, beliau sering terlepas mengikuti kelas yang dijalankan oleh guru-gurunya kerana tidak mempunyai komputer dirumah dan hanya mengharapkan sebuah telefon bimbit milik ibunya untuk menghadiri sesi Pdpr .Namun sesi pembelajaran seringkali tertinggal kerana penggunaan telefon amatlah terhad kerana beliau perlu berkongsi bersama adiknya yang turut mempunyai sesi PDPR .
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Setelah rakan-rakan adik Nuh memperkenalkan Pusat Internet Komuniti Felda Titi kepada adik Nuh ,Adik Nuh mengambil keputusan untuk menjadi ahli dan juga mengikuti kelas Pdpr dan juga pelbagai program di Pusat Internet Komuniti Felda Titi. Dengan mengikuti kelas-kelas yang dijalankan, adik Nuh kini semakin mahir menggunakan komputer, mencari maklumat berkaitan pelajaran dan juga melayari Youtube.
Adik Nuh berasa sangat gembira kerana boleh mengikuti setiap kelas Pdpr dengan sempurna dan selesa .