mcmc
Kisah Kejayaan

[TAHUN 2020 ]CILIK IT SUKU KE -3 PUSAT INTERNET FELDA TITI

 

NAMA CILIK IT                                         :   Hanna Nurqaisara Binti Mohd Hafis
TAHUN MENJADI AHLI PI FELDA TITI   :  13 Julai 2019

 

Latar belakang

Adik Hanna merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik dan juga merupakan cucu peneroka Felda Titi.  Adik Hanna bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seperi dan adik Hanna merupakan pelajar tahun tiga yang sangat aktif dan juga petah bercakap.

Setelah selesai waktu persekolahan, Adik Hanna dan adiknya Umar sering datang ke Pusat Internet Felda Titi untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh petugas Pusat Internet Felda Titi dan juga menyiapkan tugasan sekolahnya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adik Hanna mengetahui tentang kewujudan Pusat Internet, Adik Hanna hanya mengulangkaji pelajaran di rumah sahaja sendirian. Dan ketika waktu lapang dan cuti sekolah adik Hanna hanya mengabiskan masa menonton tv dan juga main permaianan di dalam telefon sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengetahui tentang Pusat Internet, adik Hanna rajin datang ke Pusat Internet untuk mengikuti kelas-kelas yang dijalankan di Pusat Internet, Adik Hanna sangat seronok datang ke Pusat Internet kerana dapat belajar menggunakan komputer dan juga melayari intenet.

Di Pusat Internet adik Hanna belajar menaip papan kekunci dan belajar mencari laman web pelajaran di Google. Kini adik Hanna semakin mahir menggunakan komputer dan juga pandai  mencari maklumat pembelajaran di laman web e-pembelajaran di Internet.