mcmc
Pendidikan

Tabika Perpaduan Daerah Jelebu

WhatsApp Image 2024-03-22 at 12.06.51.jpegWhatsApp Image 2024-03-22 at 12.07.06.jpeg

 Tabika Perpaduan adalah dibawah JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL(JPNIN).

Berkonsepkan Pemupukan Semangat Cinta Negara dan Perpaduan terhadap  murid-murid berumur 4 tahun hingga 6 tahun.

Tabika Perpaduan sebagai sebuah institusi pendidikan yang berupaya membentuk dan memperkembangkan potensi murid yang berumur di antara empat (4) hingga enam (6) tahun. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan adalah secara menyeluruh dan bersepadu merangkumi aspek jasmani, emosi, sosial, intelek dan rohani berasaskan kepada penghayatan pendidikan Rukun Negara.

Usaha mempertingkatkan kualiti Tabika Perpaduan yang dilaksanakan secara inklusif ini adalah bertujuan untuk memastikan semua murid berpeluang menerima pendidikan yang berkualiti dan menepati matlamat penubuhannya sebagai tapak integrasi untuk menyemai dan memupuk semangat perpaduan.

 

 Laman Web :-https://www.jpnin.gov.my/web/tabika-perpaduan

Senarai Tabika Perpaduan yang terdapat di Daerah Jelebu:-

TABIKA PERPADUAN TITI

TABIKA PERPADUAN SUNGAI MUNTOH

TABIKA PERPADUAN TAMAN NAGAMAS

TABIKA PERPADUAN SIMPANG PERTANG

TABIKA PERPADUAN KUALA KLAWANG

TABIKA PERPADUAN PETALING