mcmc
Kisah Kejayaan

SENI TANGAN MARINA SELAMAT

NAMA :CIK MARINA SELAMAT

PRODUK DIJUAL : KRAFTANGAN DARI KAIN FELT

LATAR BELAKANG :

Cik Marina Selamat merupakan pelajar lulusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dari UITM Bandaraya Melaka dan kini bekerja sebagai Pembantu Tadbir di Hospital Jelebu,Negeri Sembilan. Minatnya yang terlalu mendalam dalam menghasilkan kraftangan daripada kain felt telah mendorong beliau untuk membuka perniagaan sendiri sebagai salah satu sumber untuk pendapatan sampingan. Kini Cik Marina menjual keychain, kotak pensil dan penanda buku yang dihasilkan sendiri mengikut bentuk kehendak dan citarasa pelanggan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M

Cik Marina sebelum ini menjual produknya melalui kawan-kawan dan saudara mara tetapi setelah mendapatkan maklumat mengenai Pusat Internet 1Malaysia Felda Titi menyediakan latihan keusahawanan , beliau segera datang mendapatkan khidmat nasihat untuk mempromosikan perniagaan beliau.

 Pendapatan yang diperolehi juga tidak begitu memberangsangkan kerana hasil keuntungan jualan yang didapati kurang dari RM 100  dan Cik Marina mula mengambil tindakan bijak untuk meningkatkan hasil jualan beliau dengan mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar dari petugas PI1M.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M

Latihan keusahawanan yang disediakan kepada Cik Marina sememangnya membantu peningkatan hasil jualan perniagaan kraftangan kain felt beliau kerana keuntungan perniagaannya kini memcecah anggaran RM 200 hingga RM 300 sebulan.

Kuasa promosi  yang dilakukan melalui media sosial setelah mendapat bimbingan dari petugas PI1M ternyata telah menarik ramai pelanggan untuk membeli produk Cik Marina. Cik Marina juga kini membuat aliran tunai dengan menggunakan Microsoft Office Excel untuk melihat untung rugi dalam perniagaan beliau kerana hasil perniagaannya yang kian bertambah.

 

GAMBAR PRODUK

FB : MARINA SELAMAT

WHATSAPP : 012-6485758