mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet 1Malaysia Felda Titi

 

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Felda Titi ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat menjadikan Pusat internet 1 Malaysia Felda Titi sebagai tempat kemudahan yang merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

Pusat Internet Felda Titi terletak di bekas bangunan Sekolah Agama Rakyat Felda Titi ,bersebelahan KOSPEN dan Pusat Literasi Felda Titi. Pusat Internet 1Malaysia Feda Titi telah ditubuhkan pada tahun 2010 untuk mendekatkan jurang digital kepada penduduk Felda Titi. Di samping itu, pada tahun 2015 bangunan Sekolah Agama Felda titi telah di ubahsuai mengikut kesesuaian  imej baru untuk Pusat Internet 1Malaysia beroperasi. Pengubasuaian ini memberi keselesaan dan ruang yang kondusif untuk pengguna Pusat Internet 1Malaysia Felda Titi mendapatkan khidmat ICT serta menjalani latihan ICT yang disediakan oleh petugas.