mcmc
Produk Tempatan

Produk Tempatan

 

PRODUK PELANCONGAN – ANGGUR SENDAYAN FRUIT FARM (ASFF)

 

Pokok buah-buahan yang lain selain ANGGUR termasuklah :

Mangga, rose apple, pear cina, jambu batu, betik, jambu air, buah naga, bidara dan banyak lagi.

Di ASFF, anda dapat merasai sendiri dengan tangan anda buah-buahan yang sedang tumbuh dan masih berada di atas pokok, dan jika anda datang tepat pada masanya dimana buah sudah masak ranum, anda berpeluang memetik buah-buahan segar sendiri!

Bila memikirkan tentang si cilik anda, tidak lengkap rasanya ladang kami jika tidak diwarnai dengan kehadiran pelbagai jenis haiwan ternakan yang menjadi tarikan utama kepada anak-anak anda! Di ASFF, anda boleh melawat si comel-si comel kami iaitu arnab, burung dan juga ayam.

Selain anda dapat membeli buah-buahan serta sayur-sayuran segar, anda juga boleh membeli anak-anak pokok anggur dan juga buah-buahan lain serta baja dan produk tanaman lain.

Dan ini adalah maklumat penting bagi anda yang berminat untuk mengunjungi ASFF!

ASFF dibuka kepada para pengunjung dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang pada setiap hari. Bagi yang berminat untuk datang secara berkumpulan atau rombongan, tempahan awal perlu dibuat dengan menghubungi pihak pengurusan ASFF.

Bayaran tiket masuk adalah SERENDAH RM5.00 UNTUK DEWASA & RM3.00 UNTUK KANAK-KANAK (12 TAHUN DAN KE BAWAH). Jamuan Ringan untuk makan pagi dan tengahari boleh diaturkan bagi lawatan secara berkumpulan atau rombongan dengan kadar bayaran yang amat berpatutan dan menu yang menarik!

#Untuk maklumat lanjut dan bagi membuat sebarang tempahan, sila hubungi kami di talian 03-7877 8151 atau fax kepada 03-7875 6914.