Pada 17 Jun 2016 telah diadakan pemberian bubur lambuk usahasama Pusat Internet 1 Malaysia dan Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN telah memberi sumbangan untuk pengagihan bubur lambuk kepada penduduk Felda Titi sempena bulan Ramdhan disamping mempromosikan penggunaan terminal EBB BSN di mana penduduk Felda Titi tidak perlu lagi ke pekan untuk membuat bayaran bil-bil semasa, membeli prepaid dan membuat urusan kewangan berkaitan BSN kerana semuanya boleh dilakukan di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Titi. Aktiviti turut dibantu petugas dari Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Klawang, Kg. Sepri dan Pasoh 4.