mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Pelancongan

 

 

Makam Moyang Salleh

 

Antara tempat bersejarah yang boleh anda lawati di Jelebu adalah Makam Moyang Salleh yang terletak berhampiran dengan Pekan Kuala Klawang (Kampung Bandar Tinggi). Moyang Salleh adalah anak kepada Datuk Mentunggang dan cucunda kepada Moyang Aceh yang telah dilantik menjadi Undang Undang Luak Jelebu yang pertama. Beliau juga adalah tokoh yang memerdekakan Jelebu dari jajahan takluk Johor dan sekaligus diberikan gelaran sebagai Datuk Mendalika Menteri Akhirul Zaman Sultan Jelebu. Kegagahan beliau yang telah menakutkan Sultan Johor sangat dikagumi dan menjadi sejarah yang tidak akan dilupakan oleh penduduk Jelebu khasnya kerana berjaya memisahkan Jelebu dari Johor pada tahun 1725.

 

(sumber:Google)