Struktur lengkap kepala mamalia di Jelebu dikaitkan sumpahan Sang Kelembai antara percaya atau tidak. Batu di air jeram berbentuk kepala gajah sebesar kepala trak lori, lengkap dengan mata, telinga, mulut dan belalai. Ada mitos mengatakan itu sumpahan, tetapi siapa yang disumpah dan siapa yang menyumpah tidak pasti. Ada yang mempercayai batu tersebut asalnya adalah seekor gajah yang disumpah Sang Kelembai, watak mitos pada zaman dahulu kala. Secara geografi dan logiknya, bentuk batu tersebut mungkin terjadi kerana hasil hakisan air secara berterusan semenjak ratusan tahun yang lalu dan secara kebetulan ia kelihatan seperti seekor gajah. Kedudukannya betul-betul diperingkat dua jeram dibahgian air turun dari atas mengalir. Batu istimewa tersebut boleh dijumpai di Jeram Gajah yang terdapat di Simpang Gelami dan 5 kilometer dari pekan Kuala Klawang, Jelebu Negeri Sembilan.
(Sumber : Google)