mcmc
Maklumat Pi1M

MAKLUMAT PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) FELDA TITI

MAKLUMAT PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) FELDA TITI

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan satu projek kerajaan di bawah inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS). Program ini memfokuskan kepada pemberian perkhidmatan kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar dan bandar.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dikendalikan oleh dua orang petugas iaitu Pengurus dan Penolong Pengurus di bawah seliaan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Maklumat petugas adalah seperti berikut :

 

 

PENGURUS 

NURAFIZATUL AZNI BINTI ADENAN 

 

 

PENOLONG PENGURUS 

NOREZZATI BINTI ABDUL WAHID UJANG

 

 

Pengurus dan penolong pengurus NADI Felda Titi sedia mebimbing dan membantu anda seandainya anda segenap peringkat umur terutama bagi golongan usahawan yang ingin memasarkan produk anda secara online.

 

OBJEKTIF PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

– Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan

– Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet

– Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI

– Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan

– Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

– Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi

– Perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian komuniti setempat dan sekitar

– Kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian

– Perkhidmatan pengimbas, pencetak, fotostat, pembayaran bil.

– Program latihan ICT dan pembangunan modal insan

– Aktiviti dan program yang akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus seperti bengkel Keusahawanan, E-Learning, E- Kerajaan, STEM/IoT,  Advokasi dan Promosi