mcmc
Maklumat Komuniti

MAKLUMAT PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA

     

 Email-titi@pi1m.com.my 

 

https://www.facebook.com/pi1mtiti/

PUSAT INTERNET  Komuniti  Felda Titi , Negeri Sembilan Darul Khusus, mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. PUSAT INTERNET  Komuniti merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence.

Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat internet 1Malaysia rintis untuk Fasa Rintis,73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian.

Setiap Pusat internet komuniti diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat yang merangkumi tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. 

~PERKHIDMATAN  & KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI PUSAT INTERNET KOMUNITI FELDA TITI~

# Program Latihan ICT (Information Communications Technology) seperti pengenalan asas

asas internet ,asas penggunaan Microsoft Office dan penggunaan aplikasi Elektronik.

# Menyediakan perkhidmatan jalur lebar dan zon internet tanpa wayar (wifi Zone).

Kemudahan penggunaan komputer dan internet.