mcmc
Maklumat Am

Maklumat AM

gambar 1.jpg

MAKLUMAT AM

 

ASAL USUL DAERAH JELEBU

 

Daerah Jelebu mempunyai keluasan 136,751.49 hektar iaitu 20.4% daripada keluasan keseluruhan Negeri Sembilan. Jelebu juga merupakan daerah kedua terbesar di Negeri Sembilan selepas daerah Jempol. Keadaan muka bumi di Jelebu kebanyakannya berbukit bukau terutama dikawasan sebelah utara yang merupakan unjuran penghujung Banjaran Titiwangsa. Kebanyakan kawasan-kawasan di Jelebu masih dilitupi oleh kawasan hutan dengan keluasan 84,556.25 hektar iaitu 61.83% daripada keluasan keseluruhan Jelebu. Jumlah penduduk ialah 40,000 orang. Sumber ekonomi utama ialah pertanian dengan keluasan 30,743.103 iaitu 22.481 hektar.

Pekan Kuala Klawang merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Jelebu yang menempatkan pejabat-pejabat penting seperti Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu, Majlis Daerah Jelebu, Muzium Budaya Jelebu dan Perpustakaan daerah.

Jelebu turut dikenali sebagai Luak Jelebu yang dikepalai oleh Datuk Undang Jelebu. Jelebu juga terkenal sebagai kawasan lindungan hujan kerana letaknya di dataran tinggi dan jarang menerima hujan berbanding kawasan lain di Negeri Sembilan. Kerana itu tanahnya subur dan terkenal dengan pengeluaran buah-buah tempatan dan penanaman tumbuhan di Jelebu adalah sangat subur.

Pekan-pekan utama yang turut menjadi nadi penting Daerah Jelebu adalah Titi, Simpang Durian, Simpang Pertang, Pertang dan Sungai Lui.Felda Titi turut termasuk dalam sebahagian kawasan yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi Jelebu

 

INFO FELDA TITI

Felda Titi adalah dalam mukim Gelami Lemi dan terletak dalam daerah Jelebu. Felda Titi dibuka dan ditubuhkan pada  Mei 1980. Pekan yang terdekat dengan rancangan ini ialah pekan Kuala Klawang dan jaraknya adalah 10 kilometer.

Luas kawasan penempatan dan ladang adalah 650 ekar. Kawasan ladang dibahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat 201, 202, dan 203. Jumlah penduduk dianggarkan lebih 1000 orang yang mana terdiri daripada peneroka, kakitangan Felda Titi dan Plantation, Klinik Desa serta pekerja-pekerja Koperasi Peneroka Felda Titi.

Tanaman utama serta punca pendapatan adalah daripada hasil getah. Hasil sampingan adalah tanaman kontan (pisang), Kolam Ikan Air Tawar, serta ternakan lembu dan kambing. Di bawah RMK 9 peruntukan telah disalurkan oleh kerajaan melalui Projek Nenas seluas 5 ekar, Kolam Ikan Air Tawar (Baikpulih 6 Buah Kolam), dan naik taraf  kolam simen bagi ternakan ikan keli.

lkikjun.jpg

 

Felda Titi adalah termasuk dalam kawasan parlimen Jelebu dan Dewan Undangan Negeri Chennah. Maklumat adalah seperti berikut :

 

Ahli Parlimen Jelebu

l;kolk.png

 

Nama

YB DATO’ JALALUDDIN BIN ALIAS

Parti

BN – UMNO

Tempat Duduk  

F-19

Parlimen

P126

Kawasan

JELEBU

Negeri

Negeri Sembilan

 

 

ADUN Chennah

6+3+65+.jpg

 

Nama

YB TUAN LOKE SIEW FOOK

Jawatan dalam Kabinet

Menteri Pengangkutan

Parti

PH – DAP

Tempat Duduk

A-6

Parlimen

P128

Kawasan

SEREMBAN

 

 

Yang Dipertua Majlis Daerah Jelebu 

Nama

Tuan Wan Mud Shardihan bin W. Dahalan

Jawatan

Yang DiPertua Majlis Daerah Jelebu