KISAH KEJAYAAN : PUAN CIK ANI SRIYANI BINTI JAMIL
NAMA : ANI SRIYANI BINTI JAMIL | |
UMUR : 35 TAHUN | |
AHLI : 17 NOV 2018 |
LATAR BELAKANG
Puan Sri merupakan suri rumah sepenuh masa dan memiliki 5 orang cahaya mata. Beliau memiliki kemahiran urutan badan dan membuat jamu melalui pembelajaran dari ibunya sendiri yang akhirnya menjadi sebuah perniagaan. Selain itu, menurut Puan Sri lagi , dia turut mengambil kursus bekam dan kursus rawatan acupuncture kerana sangat berminat dengan ilmu kesihatan.
Puan Sri ingin mengembangkan lagi perniagaannya kerana ingin membantu suaminya yang bekerja sebagai seorang mekanik kereta di bengkel Kampung Kemin. Kini Puan Sri fokus membuat rawatan urutan badan, rawatan acupuncture dan rawatan bekam. Selain itu menjual jamu yang dihasilkan sendiri iaitu jamu kunyit , jamu manjakani dan bedak sejuk kunyit
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Puan Sri selama ini banyak mempromosikan perniagaannya melalui penggunaan aplikasi Whatsapp. Beliau telah datang sendiri ke PI felda Titi untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi mengembangkan lagi perniagaannya. Puan Sri ketika itu berharap Pusat Internet Felda Titi dapat membantunya dalam memberi latihan ICT kerana beliau akui tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Ini adalah salah satu usaha bijak Puan Sri untuk menarik lebih ramai pelanggan bagi perniagaannya.
SELEPAS PENGGUANAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Puan Sri sangat berpuas hati setelah mendapatkan latihan ICT di PI Felda Titi kerana pendapatannya semakin meningkat dari RM 400 ke RM 1000 sebulan. Beliau kini semakin mahir mempromosikan perniagaannya melalui penggunaan internet terutama di laman Facebook. Selain itu, Puan Sri memberitahu rekod kewangannya tersusun kemas melalui penggunaan Microsoft Excel. Kemahirannya dalam fotografi produk juga semakin baik melalui tips yang diberikan oleh petugas. Puan Sri sangat berterima kasih dengan PI Felda Titi dalam membantunya meningkatkan potensi perniagaan melalui penggunaan ICT.