KISAH KEJAYAAN: NOR SALIZAH BINTI MAT
NAMA : NOR SALIZAH BINTI MAT | |
UMUR : 27 TAHUN | |
AHLI :1 OGOS 2018 |
LATAR BELAKANG
Puan Salizah merupakan ibu kepada tiga orang cahaya mata dan bekerja di syarikat TS Group sebagai Pengurus Sumber Manusia. Beliau mula menceburi bidang perniagaan menjual tudung dan kain songket Sarawak sejak dari zaman belajar di universiti bagi mencari pendapatan sampingan dan masih meneruskan perniagaan ini walaupun sudah mempunyai kerjaya sendiri. Menurut Puan Saliza, berniaga walaupun kecil-kecilan menjadi satu kepuasan kepadanya apabila pelanggan memberikan maklumbalas yang membina dan positif. Selain itu, beliau turut menyimpan hasrat untuk meletakkan jawatan satu hari nanti bagi memberi fokus sepenunya kepada perniagaan Imani Anggun .
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M
Puan Salizah sebelum ini lebih menggunakan pendekatan berniaga tudung dan kain songket kepada rakan-rakan terdekat dan saudara beliau sendiri. Memandangkan peluang perniagaan yang luas melalui penggunaan internet,Puan Salizah telah datang ke Pusat Internet Felda Titi bagi mempelajari cara berniaga yang betul untuk menarik lebih ramai pelanggan membeli tudung dan kain songket Sarawak yang dijualnya. Selain itu, beliau juga berharap dapat meningkatkan hasil keuntungan jualannya dari jumlah biasa yang diperoleh selepas mendapatkan khidmat nasihat dan latihan keusahawanan di Pusat Internet Felda Titi.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M
Puan Salizah akui seronok mengikuti latihan keusahawanan yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet Felda Titi.Selain itu, beliau memberitahu pelbagai maklumat baru yang diperolehi terutamanya kemahiran dalam fotografi produk, ayat menarik untuk memancing pelanggan ketika mengiklankan produk di laman sosial dan cara mudah menguruskan kewangan melalui penggunaan Microsoft Office Excel. Keuntungan perniagaannya juga meningkat dari RM100 ke RM 500 kerana peningkatan permintaan dari pelanggan hasil pengiklanan di media sosial. Di samping itu, Puan Salizah juga turut tidak melepaskan peluang mempelajari cara mempromosikan tudung dan kain songket Sarawak di laman My Shop Dashboard Komuniti untuk menarik lebih ramai pelanggan.