mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN QUARTER 3 TAHUN 2018 (2)

KISAH KEJAYAAN  : NUR SUHADA BINTI AHMAD

NAMA : NUR SUHADA BINTI AHMAD  
UMUR : 23 TAHUN  
AHLI    :1 OGOS 2018

 

LATAR BELAKANG

Puan Suhada adalah merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai seorang cahaya mata. Suaminya bekerja sendiri mengambil upah dari orang kampung seperti mesin rumput,membersihkan kolam ikan dan sebagainya.

Puan Suhada mengambil tindakan bijak untuk menjual pizza bagi membantu menambahkan pendapatan keluarganya.Selain itu, Kemahiran membuat pizza ini dipelajari ketika beliau belajar di Institut Kemahiran Belian Negara (IKBN). Terdapat 6 perisa pilihan iaitu pizza daging,ayam,tuna,kambing,jejari ketam dan pepporoni daging.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M

Puan Suhada mula berniaga pada awal tahun 2018 dan fokus pasarannya ketika itu adalah sekitar kampungnya di Ulu Klawang. Beliau membuat hebahan melalui penggunaan kumpulan Whatts app yang ada dan mendapat sambutan yang menggalakan pada awalnya.Setelah beberapa bulan, sambutan jualan pizza Puan Suhada semakin berkurang.

Oleh hal yang demikian, Puan Suhada telah datang ke PI Felda Titi untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam mengembangkan perniagaannya melalui penglibatan ICT kerana beliau akui kurang mahir dalam penggunaan ICT.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M

Selepas mendapatkan latihan keusahawanan di PI Felda Titi, Puan Suhada sudah mahir dan bijak dalam mempromosikan perniagaan di laman sosial. Target pasarannya sudah meluas di sekitar Jelebu dan tempahan pizza semakin meningkat. Selain itu, pendapatannya juga bertambah dari RM 100 ke RM 500 sebulan.

Puan Suhada turut menggunakan kemahiran menguruskan rekod kewangan yang efektif melalui penggunaan Microsoft Office excel. Teknik fotografinya dalam mengambil gambar juga semakin kreatif melalui tips yang diberikan oleh petugas PI Felda Titi.