KISAH KEJAYAAN (1) – ZARAHAGUS BINTI ZAKARIA
NAMA : ZARAHAGUS BINTI ZAKARIA | |
UMUR : 35 TAHUN | |
AHLI :10 SEPTEMBER 2017 |
LATAR BELAKANG
Puan Zarahagus merupakan seorang kerani di Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata. Walaupun beliau bekerja, ini sedikit pun tidak menghalangnya untuk berniaga membuka gerai kecil di waktu petang. Puan Zara menjalankan perniagaan menjual air batu campur (ABC), waffle & burger. Selain itu ,Puan Zara memberi nama gerai tersebut sebagai gerai AAJ yang membawa singkatan bagi anak-anak Jelebu.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M
Puan Zara berminat untuk mempelajari ilmu keusahawanan yang melibatkan penggunaan ICT apabila PI1M membuat program Hari Bersama Komuniti dan menjemputnya untuk mempelajari cara mempromosikan perniagaan melalui atas talian.
Puan Zara mengakui bahawa beliau hanya pandai menggunakan Microsoft Word sahaja dan tidak tahu menggunakan Microsoft Office lain. Selain itu, dari segi penggunaan internet juga Puan Zara tidak begitu cekap dalam menggunakannya. Menyedari kekurangan kemahiran dalam penggunaan ICT ,Puan Zara mengambil keputusan bijak untuk mempelajarinya bagi mempromosikan perniagaan dan menarik lebih ramai pelanggan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M
Selepas mendapatkan latihan keusahawan di PI1M Felda Titi, Puan Zara semakin mahir dan cekap dalam menggunakan komputer dan internet. Melalui ilmu yang dipelajari, kini Puan Zara memanfaatkan teknik mempromosikan perniagaannya melalui penggunaan media sosial bagi menarik penduduk sekitar Jelebu untuk datang ke gerainya.
Pendapatannya juga meningkat dari sekitar RM 50 ke RM 150 sehari. Segala keuntungan dari hasil perniagaan juga direkod terus melalui penggunaan Microsoft Office Excel. Selain itu, Puan Zara turut tidak terkecuali mengambil peluang menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti My Shop dalam mengiklankan perniagaannya.