KISAH KEJAYAAN (2) : AQILLA FARISA BINTI IDRIS
NAMA : AQILLA FARISA BINTI IDRIS | |
UMUR : 27 TAHUN | |
AHLI :14 APRIL 2018 |
LATAR BELAKANG
Puan Aqilla Farisa Binti Idris adalah merupakan anak sulung kepada 10 orang adik beradik. Beliau juga merupakan graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang seni halus . Selepas tamat pengajian, Puan Aqilla berusaha mencari pekerjaan tetapi berikutan cabaran untuk mendapatkan pekerjaan akhirnya beliau mengambil keputusan bagi menyambung pelajaran di Giat Mara dan memilih kursus dalam operasi sistem komputer.
Pada tahun 2017, Puan Aqilla Berjaya menamatkan pelajarannya dan mendapat sijil kemahiran tahap 3 bagi bidang operasi sistem komputer. Melalui kemahiran yang dimiliki, Puan Aqilla terus mengambil peluang dan tindakan untuk membuka perniagaan Bytes World System & Café bagi membaikpulih dan membersihkan komputer yang rosak.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Puan Aqilla menyedari beliau sememangnya bijak dalam membaikpulih komputer tetapi kemahirannya dalam mempromosikan perniagaan melalui penggunaan ICT sememangnya lemah. Puan Aqilla telah datang ke Pusat Internet 1Malaysia Felda Titi kerana berkawan baik dengan petugas di PI1M tersebut dan cuba untuk mendapatkan khidmat nasihat serta latihan yang bersesuaian bagi memperluaskan perniagaannya dan menarik lebih ramai pelanggan untuk datang ke kedai.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Selepas mendapatkan latihan ICT di PI1M, Puan Aqilla mengakui mendapat pelbagai ilmu dalam mempromosikan perniagaannya serta pendapatan dan keuntungan turut meningkat dari RM 200 ke RM 800 sebulan. Selain itu, latihan pengurusan rekod kewangan yang dipelajari juga turut dilakukan bagi memastikan kewangan perniagaan sentiasa teratur dan dikemaskini.