mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN QUARTER 2 TAHUN 2018

IMG_4884.JPG

KISAH KEJAYAAN – CILIK IT

 NAMA : MOHAMMAD FARIZ SHAKIMIE BIN ABDULLAH  
 UMUR : 10 TAHUN  
 AHLI    : 9 JUN 2018

 

LATAR BELAKANG

Adik Fariz merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sepri Tengah. Adik Fariz merupakan pelajar yang sangat cerdik dan merupakan pelajar yang sangat aktif bersukan di sekolah. Adik Fariz dan keluarganya menetap di Felda Titi bersama neneknya.

Adik Fariz rajin datang ke Pusat Internet 1Malaysia Felda Titi pada setiap hujung minggu bagi mengisi masa lapang yang terluang dengan mengikuti setiap kelas yang dijalankan oleh pertugas dan Adik Fariz sering mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan sebayanya.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M

Sebelum ini, adik Fariz dan adik-adiknya sering datang ke PI1M kerana ingin mengulangkaji pelajaran dengan menggunakan internet dan apabila Adik Fariz melihat rakan-rakanya mengikuti kelas yang dijalankan oleh pertugas Adik Faris merasa seronok dan ingin menjadi ahli PI1M untuk mengikuti kelas-kelas di PI1M. Adik Fariz pada awal pelibatan dikelas dia kurang mahir menggunakan komputer tetapi setelah sering mengikuti kelas yang dijalankan kini Adik Fariz semakin mahir dalam menggunakan komputer dan lebih bijak dalam melayari Internet.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M

Selepas mengikuti kelas-kelas yang selalu dijalankan di PI1M, Adik Fariz semakin mahir dalam menggunakan komputer dan lebih bijak dalam melayari Internet. Adik Fariz kini pandai menggunakan aplikasi Microsoft Office Word dan Microsoft Power Point. Selain itu, adik Fariz sering mencari soalan-soalan contoh bagi setiap subjek di internet dan mengulangkaji bersama rakan-rakannya.