KISAH KEJAYAAN – CILIK IT
| NAMA : NURUL WAFA THAHIRAH BT ABDUL QAYYUM |
|
| UMUR : 10 TAHUN | |
| AHLI :16 NOVEMBER 2010 |
LATAR BELAKANG
Adik Wafa adalah merupakan seorang pelajar yang bijak di Sekolah Rendah Kebangsaan Ulu Sepri berikutan ramai rakan-rakan yang menceritakan tentang markahnya yang tinggi dalam ujian dan peperiksaan sekolah. Selain itu,perwatakan ceria yang dimiliki turut memberikan aura positif kepada orang disekeliling yang mendekati adik Wafa.
Adik Wafa juga turut menceritakan bahawa dia dibesarkan oleh keluarga angkat yang sangat menyayanginya sepenuh hati dan ingin membalas jasa mereka dengan belajar bersungguh-sungguh kerana dia satu-satunya anak tunggal dalam keluarga tersebut.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M
Adik wafa pertama kali datang ke PI1M kerana mempunyai temujanji bersama kawan-kawan untuk menyiapkan tugasan sekolah yang memerlukan penggunaan komputer dan internet. Adik Wafa meminta bantuan daripada petugas cara menggunakan komputer dan melayari internet kerana tiada pengalaman dalam penggunaannya selama ini. Sejak dari itu ,kesedaran mula timbul dari adik Wafa untuk mempelajari lebih mendalam cara penggunaan komputer dan internet di PI1M bagi membantu pelajarannya.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M
Selepas mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti yang disedikan di PI1M, adik Wafa kini menjadikan PI1M tempat utama untuk dikunjunginya dalam mengulangakaji pelajaran dengan penggunaan internet. Adik Wafa juga telah tahu untuk melayari sendiri laman-laman web E-Pembelajaran dalam membuat latihan ulangkaji pelajaran kerana proses pembelajarannya lebih menyeronokkan daripada penggunaan buku fizikal. Adik Wafa juga bertekad untuk datang ke PI1M selalu bagi melayari E-Pembelajaran dalam persediaan menghadapi peperiksaan UPSR pada masa akan datang.
Selain itu, adik Wafa telah memiliki kemahiran menggunakan aplikasi asas Microsoft Office berikutan semangat dan kerajinannya mengikuti kelas-kelas yang dijalankan oleh petugas PI1M. Adik Wafa turut memberitahu kewujudan PI1M di Felda Titi sememangnya meberikan impak yang besar dalam kemahirannya menggunakan komputer dan internet sekaligus membantu peningkatan prestasi pelajaran di sekolah.