mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN PUAN SITI MARIANI BINTI ONN

BENTUK PERNIAGAAN  : 

Usahawan sepenuh masa dalam perniagaan kuih donut pelbagai perisa.

NAMA PERNIAGAAN       :

DONAT ADAM BAKERY

 

LATAR BELAKANG

Puan Siti  adalah surirumah sepenuh masa dan baru sahaja behijrah tinggal di Rumah Kakitangan  Balai Polis Kuala Klawang pada tahun ini kerana mengikut suaminya yang telah ditugaskan di Balai Polis Kuala Klawang. Puan Siti juga mempunyai seorang anak lelaki dan sedang menantikan kelahiran cahaya mata yang kedua pada tahun hadapan.

Puan Siti sangat suka  membuat kuih donut pelbagai perisa dan corak untuk anak lelaki beliau dan akhirnya menjadi satu cetusan  idea  kepada Puan Siti untuk menjadikan hobinya ini sebagai perniagaan kecil-kecilan yang dapat menjana pendapatan sampingan.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Puan Siti mula berniaga dengan membuat iklan dan hebahan pada kumpulan  isteri-isteri Polis di aplikasi Whatsapp dan sambutan agak menggalakkan  tetapi permintaan kuih donut tersebut tidak berterusan. Selepas itu, Puan Siti mula pergi ke Pusat Internet 1Malaysia Felda Titi untuk mendapat khidmat nasihat bagi mengembangkan perniagaan beliau serta mendapatkan latihan keusahawanan  yang melibatkan penggunaan ICT.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Tindakan bijak yang diambil oleh Puan Siti untuk mendapatkan latihan keusahawanan di PI1M Felda Titi telah menampakkan banyak impak yang positif pada perkembangan perniagaan donut beliau. Pendapatannya juga meningkat dari anggaran RM 200 sebulan ke RM 600 sebulan .

Selain itu, permintaan donatnya juga semakin meningkat kerana hasil menggunakan tips pemasaran melalui media sosial Facebook dan Instagram yang telah dipelajari melalui petugas PI1M. Menurut Puan Siti, kini beliau terpaksa membeli mesin untuk menguli doh donut kerana permintaan dan tempahan yang kian meningkat saban hari.

 

 APA YANG DIPELAJARI MELALUI KURSUS KEUSAHAWANAN DI PI1M

-Mempelajari teknik mengiklankan perniagaan melalui media sosial Facebook dan Instagram.

-Merekod kewangan perniagaan dan hasil untung rugi perniagaan melalui Microsoft excel.

-Teknik fotografi produk untuk pengiklanan melalui internet.

-Cara muat naik produk pada aplikasi Dashboard My Shop.

 

BAGAIMANA PI1M MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN / PENINGKATAN TAHAP ICT

  • – Memberi  khidmat nasihat cara memasarkan dan mempromosikan perniagaan melalui atas talian.
  • – Memperkenal aplikasi Dashboard Komuniti dan menggalakkan peserta untuk berniaga menggunakan modul MY SHOP.
  • – Menunjukkan cara pengurusan aliran kewangan perniagaan yang efisyen dan efektif.