mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN PUAN ASMAH

PUAN ASMAH BINTI MOHAMAD

Latar belakang

Puan Asmah berniaga menjual produk perfume di sekitar Felda Titi dan melalui laman media sosial Facebook. Beliau mula berniaga dan menjadi ejen sejak 5 bulan yang lalu (April 2016) . Puan Asmah menjual di laman Facebook serta jualan lansung kepada penduduk sekitar kampung beliau tinggal.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya RM200 sebagai pendidik di Pusat Literasi Kanak-kanak sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Titi, beliau kini telah memiliki Facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk jualan beliau. Pelanggan beliau mengetahui tentang produk jualan beliau itu daripada flyers yang dibuat & dicetak di Pusat Internet 1Malaysia Felda Titi dan juga daripada Facebook. Jumlah keuntungan jualan produk RM200 (anggaran kasar).Jumlah pendapatan meningkat 100% daripada pendapatan asal sebelum ini.

Apa yang dipelajari melalui PI1M

       Mempelajari cara mengambil gambar produk yang dijual dengan baik.

       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Facebook

      Mempelajari Microsoft Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi serta aliran keluar masuk duit

       Mempelajari cara mengambil order melalui Facebook.

       Mempelajari cara menyemak duit masuk ke dalam akaun bank secara atas talian

 

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

       PI1M membantu mempromosikan produk

       Memberi kelas tambahan

       Membantu membuat aliran tunai

 

Puan Asmah diberi latihan keusahawanan seperti membuat penyata kira-kira. 

 

Niss Perfume