NAMA : |
Syarifah Rohaya Ismail |
USAHAWAN : |
Pastry dan Bakery Homemade Kuala Klawang |
TAHUN MENJADI AHLI PI FELDA TITI : | 07/05/2019 |
Latar belakang
Puan Syarifah Rohaya Ismail adalah merupakan kedua kepada 5 orang adik beradik. Puan Rohaya atau sesuai dengan panggilan Kak Efa merupakan surirumahtangga yang mempunyai suami dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Beliau sebelum ini tidak terfikir untuk membuka perniagaan secara atas talian dan mula menceburkan diri selepas hadir ke kelas anjuran di PI Felda Titi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Rohaya mula membuka pastry dan Bakery Homemade Klawang hanya dirumah dan menerima tempahan daripada rakan-rakan, keluarga dan jiran terdekat dari rumah beliau. Penghasilan roti dan semua tempahan adalah dalam skala kecil kerana tempahan tidak selalu ada dan waktu itu tiada penghantaran dilakukan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mendapatkan latihan ICT di PI1M, Puan Rohaya mula mendapat idea untuk mengiklankan dan memasarkan produk beliau secara atas talian dan di media social. Beliau mendapatkan khidmat petugas PI untuk memperoleh kemahiran edit gambar dan pemasaran di media sosial. Selain itu, petugas turut menyarankan beliau untuk memasarkan produk di Facebook personal, page dan group di Facebook. Kini beliau telah menerima tempahan di seluruh daerah Jelebu dan tempahan tersebut diterima hampir setiap hari. Pendapatan beliau meningkat daripada RM 800 sebulan kepada RM 1400 sebulan.
Pages: 1 2