| NAMA : | NORFARINA BINTI ROSLI |
| USAHAWAN : | USAHAWAN WARUNG CIK EINA |
| TAHUN MENJADI AHLI PI FELDA TITI : | 28 OGOS 2019 |
Latar belakang
Puan NorFarina Binti Rosli adalah merupakan anak sulung kepada 5 orang adik beradik. Puan Farina merupakan usahawan yang gigih dimana beliau bermula dengan membuka kiosk perniagaan Roti John Selambak bersama suaminya sebelum memulakan modal yang lebih besar untuk membuka warung yang boleh memuatkankan 70 orang pelanggan satu-satu masa. Selain itu, Puan Farina turut membuka perniagaan setiap kali Bazaar Ramadhan dibuka dan aneka makanan dijual di gerai beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Puan Farina mengetahui bahawa perniagaan beliau memerlukan publisiti dan marketing untung diketengahkan dan diwar-warkan kepada pelanggan. Selain itu, puan Farina juga memerlukan kemahiran untuk membuat iklan dan flyers yang menarik bagi menjadi penarik pelanggan untuk singgah ke warungnya. Oleh itu, puan Farina mulai sedar kewujudan Pusat Internet yang menyediakan khidmat untuk membantu kemahiran ICT dan pemasaran atas talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas mendapatkan latihan ICT di PI1M, Puan Farina mengakui mendapat pelbagai ilmu dalam mempromosikan perniagaannya serta pendapatan dan keuntungan turut meningkat dari RM 300 ke RM 500 sehari. Selain itu, kemahiran pemasaran atas talian yang dipelajari turut dipraktikkan daripada masa ke semasa untuk meningkatkan pelanggan/ hari. Selain itu, Puan Farina turut muatnaik iklan di media social, story dan whatsap dan turut membuka tempahan untuk tempahan makanan atas talian.
Pages: 1 2