NAMA : | M.RUSSILA BINTI ABD RAUF |
USAHAWAN : | KEREPEK PERIA RANGUP |
TAHUN MENJADI AHLI PI FELDA TITI : | 25 MAC 2019 |
Bentuk Perniagaan
Usahawan sepenuh masa bagi perniagaan kerepek rangup berasaskan peria.
Latar Belakang
Puan Russila adalah ibu kepada lima orang anak dan merupakan usahawan sepenuh masa bagi jualan Kerepek Peria Rangup. Pada awalnya beliau hanya menjual kerepek perianya di kawasan sekitar perumahannya dan juga meletakkan di warung-warung terdekat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awal jualan, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan beliau juga tidak ramai hanya sepuluh ke lima belas orang sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Felda Titi, kini beliau telah memiliki laman social sendiri seperti facebook dan juga Instagram yang dapat digunakan untuk mempromosikan produk Kerepek Peria Rangup beliau Pelanggan beliau juga kini semakin ramai daripada pelbagai Negeri.. Pendapatan bulanan beliau kini juga telah mencecah RM1000 – RM2000 setiap bulan.