Muhammad Fakhrul Hafizi B. Badrul Hisham
Latar belakang
-Muhammad Fakhrul Hafizi B. Badrul Hisham, 12 tahun.
-Adik Hafizi yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang Pegawai Polis sering berkunjung ke pi1m hampir setiap hari untuk menggunakan perkhidmatan internet dan komputer yang telah tersedia di Pusat Internet 1Malaysia.
-Salah satu sebab adik Hafizi seringkali berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia adalah untuk belajar dan mengulangakaji pelajaran bagi persediaan menghadapi UPSR 2016 pada 5 September ini.
-Beliau juga sering bertanya jika ada perkara yang tidak difahami.
-Kunjungan beliau ke PI1M hampir setiap hari untuk mendapatkan perkhidmatan internet bagi mengakses masuk laman web yang berkaitan seperti www.tutortv.com.my, www.latihtubi.com & www.unicliq.com .
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
-Pada mulanya, Hafizi tidak tahu bagimana untuk menggunakan komputer terutamanya untuk menaip dan menggunakan internet.
-Dengan adanya kelas-kelas pengenalan e-pembelajaran, adik Hafizi kini bijak dan cekap dalam mengakses masuk portal pembelajaran berkaitan bagi menghadapi persediaan peperiksaan UPSR.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
-Melalui kelas-kelas pembelajaran yang selalu diadakan oleh petugas Pusat internet Felda Titi, kini adik Hafizi bijak menggunakan e-pembelajaran yang membuatkan beliau berasa teruja dan seronok untuk belajar melalui internet.
Apa yang dipelajari melalui PI1M
– Mempelajari e-pembelajaran (UniCliq,tutortv & latihtubi)
– Mempelajari cara penggunaan Microsoft Office
– Mempelajari cara penggunaan Media sosial dengan bijak (Facebook & Instagram)
Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
– Pusat Internet 1Membantu membantu pelajar menambah ilmu tentang penggunaan internet dalam e-pembelajaran.
– Memberi kelas tambahan pembalajaran melalui internet (UniCliq)
– Ruang dan suasana pembelajaran yang kondusif menarik pelajar untuk menuntut
Adik Hafizi berpuas hati dengan pembelajaran yang diberikan oleh petugas dan bersedia untuk mengahadapi UPSR 2016 pada September ini
Petugas Pusat Internet Felda Titi memberikan tunjuk ajar kepada adik Fakhrul Hafizi yang banyak bertanya tentang cara penggunaan ICT