mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN ADIK BADRI

Latar belakang

Adik Badri salah seorang pelajar yang sangat aktif di sekolah mahupun di rumah, bercita-cita menjadi seorang Pegawai Polis. Beliau kerap berkunjung ke PI1M hampir setiap hari untuk menggunakan perkhidmatan internet dan komputer yang telah tersedia di PI1M.

Kunjungan beliau ke PI1M hampir setiap hari untuk mendapatkan perkhidmatan internet bagi mengakses masuk laman web yang berkaitan seperti www.tutortv.com.my, www.latihtubi.com & www.unicliq.com. Laman-laman web ini kerap dikunjungi oleh beliau untuk mengulangkaji dan membuat latih tubi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum menjadi ahli PI1M dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh PI1M, Adik Badri merupakan seorang yang tidak tahu mengenai penggunaan komputer secara keseluruhannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Adik Badri dapat melaksanakan sesuatu kemahiran teknologi ICT, khususnya penggunaan komputer dengan baik dan secara sistematik. Beliau juga dapat belajar dengan seronok dan tidak bosan.

 

Apa yang dipelajari melalui PI1M

 

       Mempelajari e-pembelajaran (UniCliq,tutortv & latihtubi)

       Mempelajari cara penggunaan Microsoft Office

       Mempelajari cara penggunaan media sosial dengan bijak

 

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 

             PI1M membantu pelajar menambah ilmu tentang penggunaan internet dalam e-pembelajaran.

       Memberi kelas tambahan pembalajaran melalui internet (UniCliq)

      –       Ruang dan suasana pembelajaran yang kondusif menarik pelajar untuk menuntut ilmu dengan tenang.