GERAKAN PERSATUAN WANITA (GPW)
Seperti dalam rancangan felda yang lain, Felda Titi juga mempunyai persatuan khas untuk golongan wanita yang dikenali sebagai Gerakan Persatuan Wanita (GPW). GPW adalah persatuan wanita yang paling aktif dan dianggotai oleh kesemua penerokawati di Felda. GPW ini diwujudkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR). Tujuan penubuhan GPW ini adalah untuk membolehkan penerokawati juga terlibat dalam pembangunan Felda dan ianya juga menunjukkan bahawa wanita juga tidak ketinggalan dalam memajukan Felda ini. Jadual di bawah menunjukkan Ahli Jawatankuasa GPW Felda Titi.