mcmc
Kisah Kejayaan

CILIK IT QUARTER 3 TAHUN 2018

CILIK IT 

 NAMA : NOR ATIYA ASHIKIN BT MOHAMAD RASHIKIN  
 UMUR : 9 TAHUN  
 AHLI    : 16 MAC 2016

 

LATAR BELAKANG

Adik Atiya merupakan anak sulung kepada Puan Dahlia dan Encik Rashikin. Adik Atiya merupakan pelajar tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Seperi. Adik Atiya merupakan murid yang sangat pintar dalam pelajaran dan juga rajin dalam membantu guru-gurunya di sekolah .Adik Atiya sering ke Pusat Internet Felda Titi sewaktu cuti sekolah bersama rakan-akan kelasnya untuk mengulangkaji pelajar.

Adik Atiya bukanlah seorang pelajar yang mudah berputus asa dan beliau sering bercita-cita untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam semua mata pelajarnya seperti rakan-rakannya yang lain. Selain itu, adik Atiya dan juga rakan-rakannya sering mengikuti setiap kelas yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet ketika waktu lapang.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Pada tahun 2016, adik Atiya telah datang ke Pusat Internet Felda Titi bersama ibunya dan adik Atiya melihat ramai rakan-rakan sebayanya sedang mmengikuti kelas yang dijalankan oleh petugas disitu. Adik Atiya telah mengambil keputusan untuk menjadi ahli Pusat Internet kerana ingin mengikuti kelas-kelas yang dijalankan. Pada mulanya, adik Atiya kurang mahir dalam penggunaan komputer dan beliau telah meminta petugas supaya mengajarnya cara-cara untuk lebih mahir dalam menggunakan komputer.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Selepas mengikuti pelbagai kelas-kelas yang dijalankan di Pusat Internat, adik Atiya kini semakin mahir dalam menggunkan komputer dan melayari internet. Selain itu,adik Atiya juga kini pandai menggunakan aplikasi Microsoft Office Word dan Microsoft Power Point. Ketika melayari internet adik Atiya akan mengambil masa untuk melayari laman web e- pembelajaran untuk melihat pelbagai contoh soalan bagi subjek yang dipelajarinya. Ternyata setelah mengikuti kelas yang disediakan di Pusat Internet ,adik Atiya kini menjadi pelajar yang Celik IT .