CILIK IT
NAMA : SITI MAZLINA BINTI MOHD MOKHLAS | |
UMUR : 14 TAHUN | |
AHLI : 21 JANUARI 2017 |
LATAR BELAKANG
Adik Mazlina merupakan anak ke lima daripada tujuh beradik dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu. Adik Mazlina merupakan pelajar yang sangat aktif bersukan di sekolah terutamanya dalam larian dan berjalan kaki.
Adik Mazlina rajin datang ke Pusat Internet (PI) Felda Titi setiap hari bagi mengisi masa lapang yang terluang dan mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan sekelasnya.
Selain itu, adik Mazlina sering meminta petugas untuk menjalankan aktiviti dan kelas komputer di PI kerana minatnya yang mendalam untuk mempelajari cara penggunaan komputer serta melayari internet.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Pada tahun 2017, adik Mazlina datang bersama adik beradiknya untuk daftar menjadi ahli di PI. Ini adalah kerana adik Mazlina ingin mengulangkaji pelajaran dengan menggunakan internet. Adik Mazlina memberitahu kepada petugas bahawa dia tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet kerana kurang pendedahan mengenai komputer. Ketika itu, adik Mazlina berharap petugas dapat membantunya dalam meningkatkan ilmu dalam ICT.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Selepas mengikuti kelas-kelas yang selalu dijalankan di PI, adik Mazlina semakin mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Adik Mazlina kini pandai menggunakan aplikasi Microsoft Office Word dan Microsoft Power Point. Selain itu, adik Mazlina juga sudah pandai menggunakan laman web E-Pembelajaran untuk mengulangkaji pelajaran. Ternyata setelah mengikuti kelas yang disediakan ,adik Mazlina kini adalah seorang pelajar yang celik IT.