SATAY TULANG JELEBU
Satay Tulang ini merupakan resepi warisan turun – temurun yang berasal dari daerah Jelebu. Satay Tulang ini juga bukan lah tulang semata – mata tapi adalah daripada lebihan ayam yang digunakan untuk satay ayam.
Kedai sate tulang ini terletak di tengah-tengah pekan Kuala Klawang yang mana berhampiran dengan Balai Bomba.