mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN QUARTER 1 TAHUN 2018

 

KISAH KEJAYAAN – CIK NUR AFIQAH BT RAZALI

 NAMA : NUR AFIQAH BINTI RAZALI
 UMUR : 23 TAHUN
 AHLI    :6 MAC 2018

 

LATAR BELAKANG

Cik Nur Afiqah berasal dari Negeri Kelantan dan telah menetap di Kuartes Penjara Jelebu lebih dari 10 tahun kerana mengikuti keluarganya berpindah ke situ. Cik Nur Afiqah  juga merupakan anak ke tiga daripada 5 orang adik beradik.     

Setelah habis diploma, Cik Nur Afiqah telah mengambil keputusan untuk membantu ibunya meneruskan perniagaan Nasi Kerabu dan Nasi Dagang dan pelbagai jenis makanan panas lagi  di kantin Kuartes Penjara untuk  mendapatkan pendapatan harian.

Selain itu, Cik Nur Afiqah juga menerima tempahan untuk membuat Kek Coklat Cheese bagi menambah pendapatan sampingan beliau.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M

Sebelum penglibatan di PI1M, Cik Nur Afiqah kurang mahir untuk membuat aliran tunai pendapatan menggunakan Microsoft Office dan juga cara untuk mengiklankan perniagaan beliau.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M

Selepas mengikuti latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Petugas PI1M. Kini, Cik Nur Afiqah lebih cekap untuk membuat aliran tunai menggunakan Microsoft Office. Selain itu juga, Cik Nur Afiqah telah belajar cara-cara bagaimana untuk mempromosikan perniagaan beliau di laman social dan juga group Whatsapp. Dengan cara tersebut memudahkan lagi beliau untuk menerima tempahan daripada orang ramai. Menurut Cik Nur Afiqah, kini pendapatan harian beliau telah mencecah lebih darpada 700 daripada sebelum ini.