| Tarikh | 25 Oktober 2025 |
| Masa | 09:00 Pagi – 01:00 Petang |
| Tempat | NADI Felda Titi |
| Peserta | 1 orang |
Tujuan :-
Kelas ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang konsep asas penceritaan visual (visual storytelling) dalam pembangunan kandungan digital dan e-sukan.
Selain itu, kelas ini juga bertujuan meningkatkan kefahaman peserta mengenai proses kreatif daripada pembentukan idea hingga penyampaian atau ‘pitching’ projek kepada penonton atau pihak berkepentingan.
Aktiviti :-
Petugas membantu membimbing peserta dalam membina naratif yang berkesan dan menarik, dengan penekanan kepada elemen visual, emosi, dan mesej utama.
Selain itu, petugas juga membantu menggalakkan peserta menggabungkan unsur seni, teknologi, dan inovasi dalam pembangunan kandungan e-sukan dan media digital yang berimpak tinggi.