| Tarikh | 25 September 2025 |
| Masa | 03:00 Petang – 04:30 Petang |
| Tempat | NADI Felda Titi |
| Peserta | 1 orang |
Tujuan :-
Kelas ini bertujuan memberi pemahaman lanjutan kepada peserta tentang ancaman Sim Swap serta impaknya terhadap keselamatan akaun peribadi dan perniagaan dalam dunia digital
Selain itu, kelas ini juga bertujuan meningkatkan keupayaan peserta untuk melindungi data perniagaan dan maklumat pelanggan, melalui penerapan langkah keselamatan digital yang lebih mantap.
Aktiviti :-
Petugas membantu peserta mengenal pasti kaedah baharu dan lebih kompleks yang digunakan oleh penjenayah siber dalam melaksanakan serangan Sim Swap terhadap usahawan.
Selain itu, petugas juga membantu mendidik peserta tentang peranan keselamatan rangkaian dan pengurusan identiti digital dalam memastikan transaksi perniagaan dalam talian sentiasa selamat.