| Tarikh | 08 September 2025 |
| Masa | 03:00 Petang – 04:30 Petang |
| Tempat | NADI Felda Titi |
| Peserta | 2 orang |
Tujuan :-
Kelas ini bertujuan menanam minat terhadap Matematik dan mendorong pelajar untuk terus memperkukuh kemahiran mereka di luar kelas formal.
Selain itu, kelas ini juga bertujuan memberi sokongan dan bimbingan berterusan supaya pelajar lebih yakin menghadapi ujian dan peperiksaan utama.
Aktiviti :-
Petugas membimbing pelajar memahami konsep-konsep Matematik dengan lebih mendalam melalui penerangan yang jelas dan contoh praktikal.
Selain itu, petugas melatih pelajar menggunakan teknik dan strategi Matematik yang berkesan untuk menyelesaikan soalan peperiksaan dan situasi dunia sebenar.