Tarikh | 24 Julai 2025 |
Masa | 03:00 Petang – 04:30 Petang |
Tempat | NADI Felda Titi |
Peserta | 2 orang |
Tujuan :-
Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang risiko serangan phishing terhadap akaun media sosial.
Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk memberi pemahaman tentang taktik dan bentuk serangan phishing yang sering digunakan untuk mencuri maklumat log masuk.
Aktiviti :-
Petugas membantu membimbing peserta mengenali tanda-tanda laman palsu atau mesej mencurigakan.
Selain itu, petugas membantu mengajar langkah-langkah perlindungan seperti pengesahan dua faktor (2FA) dan pengurusan kata laluan yang selamat.