Tarikh | 19 Julai 2025 |
Masa | 10:00 Pagi – 11:00 Pagi |
Tempat | NADI Felda Titi |
Peserta | 3 orang |
Tujuan :-
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada peserta tentang asas pemasaran dalam konteks keusahawanan kanak-kanak.
Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri dalam memperkenalkan produk kepada pelanggan.
Aktiviti :-
Petugas membantu peserta memahami kepentingan mempromosikan produk atau perkhidmatan secara kreatif dan menarik.
Selain itu, petugas membantu menyemai minat dan kefahaman terhadap dunia pemasaran sebagai sebahagian daripada proses menjadi usahawan muda yang berjaya.