Tarikh | 8 Julai 2025 |
Masa | 03:00 Petang – 03:30 Petang |
Tempat | NADI Felda Titi |
Peserta | 1 orang |
Tujuan :-
Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan menghargai proses perkembangan diri secara berperingkat dan berterusan.
Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk membetulkan persepsi negatif terhadap individu yang bergerak dalam tempo perlahan, namun tetap berusaha mencapai matlamat hidup.
Aktiviti :-
Petugas membantu menggalakkan peserta untuk fokus pada kemajuan diri tanpa membandingkan pencapaian dengan orang lain.
Selain itu, petugas memberi motivasi dan sokongan emosi agar peserta terus konsisten dan yakin dengan perjalanan serta usaha sendiri.